BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

KEPUTUSAN PERLAWANAN 15 DAN 16

GAPP’s SUPER LEAGUE

07 Dec 09

PADANG A

1. ABERDEEN vs PANATINAIKOS 2-3

2. AL-ITTIHAD vs RIVER PLATE 0-2

3. ASTON VILLA vs RUBIN KAZAN 1-7

4. BAYERN MUNICH vs SANTOS 0-5

5. SEVILLA vs BOCA JUNIORS 4-1

6. VALENCIA vs JUVENTUS 2-1

7. VILLARREAL vs FLAMENGO 0-1

8. WIGAN ATHLETIC vs LYONNAIS 0-5

PADANG B ( 2nd LEG )

1. BOCA JUNIORS vs SEVILLA 2-2

2. JUVENTUS vs VALENCIA 2-1

3. FLAMENGO vs VILLARREAL 2-2

4. LYONNAIS vs WIGAN ATHLETIC 5-0

5. PANATHINAIKOS vs ABERDEEN 4-2

6. RIVER PLATE vs AL-ITTIHAD 3-0

7. RUBIN KAZAN vs ASTON VILLA 4-2

8. SANTOS vs BAYERN MUNICH 3-0

Tuesday, November 24, 2009

FLA vs VAL ( 3-0 )

Monday, November 23, 2009

SAN vs ASV

Saturday, November 21, 2009

PENGUMUMAN PENTING.perubahan masa berehat..


GAPP's FUTSAL SUPER LEAGUE AKAN BERCUTI PADA 25hb NOV 09 ( RABU ),30hb NOV 09 ( ISNIN ) DAN 02hb DEC 09 ( RABU )..BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA CUTI HARI RAYA AIDILADHA..GAPP's FUTSAL SUPER LEAGUE AKAN BERSAMBUNG KEMBALI PADA 07hb DEC 09 ( ISNIN )..DIKESEMPATAN INI JUGA PIHAK PENGANJUR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.KEPADA SEMUA WARGA-WARGA KELUARGA FUTSAL SUPER LEAGUE..DENGAN NASIHAT KALAU PEGANG LEMBU UNTUK KORBAN TU JAGA-JAGALAH KAKI-KAKI ANDA SUPAYA TIDAK DITENDANG OLEH LEMBU-LEMBU KORBAN..AHLAN WAHSAHLAN..

Friday, November 20, 2009

Boxing Day

"Battle of the game" week 13 and 14,

  1. RUBIN KAZAN vs BAYERN MUNICH
  2. LYONNAIS vs VILLARREAL
  3. AL-ITTIHAD vs RUBIN KAZAN
  4. BAYERN MUNICH vs SEVILLA
perlawanan yang ditunggu2 oleh peminat2 futsal LYONNAIS vs VILLARREAL telah tiba.kedua-dua pasukan dijangka menurunkan barisan pemain2 utama,perlawanan ini dijangka sengit dgn kehadiran beberapa pemain2 utama dlm futsal super league ini,dimana villarreal diketuai oleh syukri yg memakai jersi no 8,manakala lyonnais diketuai oleh mohd fazli ( lie ) yg setakat ini menjadi penjaring terbanyak pasukan lyonnais.bg pengurus lyonnais peluang utk pasukannya menang dlm game ini 50-50 dimana lyonnais akan turun sebagai pasukan underdog.manakala perlawanan RUBIN KAZAN vs BAYERN MINICH dilihat sebagai perlawanan yang lebih kepada pertarungan taktikal.teruskanlah melayari gappsport.blogspot.com untuk perkembangan2 terkini GAPPs FUTSAL SUPER LEAGUE

KEPUTUSAN PERLAWANAN 13 DAN 14 ( 23 Nov 09 )

GAPP’s SUPER LEAGUE

PADANG A

1. BAYERN MUNICH vs RUBIN KAZAN 0-4

2. LYONNAIS vs VILLARREAL 0-0

3. ASTON VILLA vs RIVER PLATE 1-4

4. FLAMENGO vs VALENCIA 3-0

5. JUVENTUS vs WIGAN ATHLETIC 2-2

6. VALENCIA vs BOCA JUNIORS 3-0

7. RUBIN KAZAN vs AL-ITTIHAD 2-0

8. VILLARREAL vs JUVENTUS 3-0

PADANG B

1. SEVILLA vs FLAMENGO 3-4

2. AL-ITTIHAD vs PANATHINAIKOS 4-1

3. BOCA JUNIORS vs SANTOS 1-4

4. SEVILLA vs BAYERN MUNICH 1-4

5. ABERDEEN vs LYONNAIS 0-5

6. SANTOS vs ASTON VILLA 7-0

7. PANATHINAIKOS vs WIGAN ATHLETIC 2-5

8. RIVER PLATE vs ABERDEEN 3-5

Wednesday, November 18, 2009





Perlawanan Tumpuan Rubin Kazan vs Aberdeen

Sepakan Penalti yg gagal disumbatkan oleh Mat Kerang

Penalti yg berjaya diselamatkan oleh pasukan Pilihan GAPP's

Penalti yg menghasilkan gol

Ketika mula2 mahu berangkat ke Kota Baharu

Gol...gollllll...golllll...detik2 gol

Sukan Islam wajar dipopularkan



 Semua kita sedia maklum akan kepentingan sukan untuk kesihatan. Apa yang mengekang penglibatan umat Islam terutamanya wanita dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah kod pakaiannya yang tidak menutup aurat.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim)


Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, HAYAT SUEET menemu bual pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir bagi mengupas isu ini.

UM: Apakah hukum bersukan dalam Islam?

DR. BADLIHISHAM: Dalam Islam, sukan adalah harus dan digalakkan. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.

Mengikut sejarah Islam, Dr. Ahmad Shalaby membahagikan sukan kepada dua iaitu yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti berlari dan berenang. Kategori kedua ialah yang membabitkan mental seperti catur, sahibba dan karom.

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dalam Sukan Asia di Doha tahun lalu membuktikan pakaian menutup aurat bukan penghalang kejayaan dalam sukan. Apakah langkah yang patut diambil oleh pengeluar fesyen tempatan dalam hal ini?

DR. BADLIHISHAM: Masyarakat kita pada amnya sudah melepasi fobia takut dengan sesuatu yang dikaitkan dengan Islam. Kita telah melalui fasa kaget ini apabila berjaya memperkenalkan Bank Islam dulu. Masyarakat kita kini secara amnya telah terdedah dengan pendekatan dualisme.

Perkembangan dalam Sukan Asia 2006 itu perlu diambil peluang oleh pengeluar fesyen tempatan. Mereka wajar merebut peluang ekonomi ini dengan menghasilkan pakaian menutup aurat untuk manfaat masyarakat Muslim terutama wanita bersukan.

Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan-persatuan pengguna Muslim perlu bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi merealisasikan hasrat ini.

Dalam masa yang sama, para penyelidik dan pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mengkaji secara mendalam supaya menghasilkan pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi dari segi saintifiknya tidak menjejaskan mutu larian.

Sukan kini mengandungi nilai ekonomi dan hubungan sesama manusia. Bagaimana umat Islam boleh memanfaatkan hal ini untuk berdakwah?

DR. BADLIHISHAM: Sememangnya sukan kini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Islam sebagai agama yang lengkap meraikan unsur ekonomi bagi pembangunan manusia. Namun ia masih mengandungi unsur syubhat dari segi penontonnya yang bercampur lelaki dan perempuan serta dasar sukan yang berkiblatkan Barat.

Ini mendatangkan masalah besar kepada umat Islam untuk bergiat serius dalam sukan, di samping kelemahan memajukan bidang sukan. Bagaimanapun, umat Islam yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri. Jangan hanya mengikut acuan Barat.

Dalam semua keadaan, ibadat wajib seperti solat dan puasa perlu ditunaikan walaupun bagi atlet yang bertanding di peringkat Olimpik sekali pun.

Dari segi dakwah, sukan boleh membantu. Contohnya, kejayaan cemerlang petinju terkenal Muhammad Ali sedikit sebanyak menaikkan moral orang Islam di dunia. Beliau kini melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dalam Nations of Islam di Amerika.

Dari segi dakwah di Malaysia, sukan boleh digunakan sebagai ice breaker bagi menyelami kehidupan mad’u dengan lebih mendalam. Pengalaman jabatan saya di perkampungan orang asli membuktikan hal ini. Kita berjaya merapatkan jurang antara peserta dan penduduk kampung melalui sukan bola sepak dan sukaneka.

Ada umat Islam apabila bersukan lupa akan batas aurat dan pergaulan dengan bukan mahram. Bagaimana hendak membetulkan keadaan ini?

DR. BADLIHISHAM: Batas aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu sentiasa dijaga. Kecuali kita meliberalkan asas atau prinsip itu demi kononnya mencapai matlamat sukan yang dikehendaki dunia moden kini.

Justeru, kita memerlukan gabungan kepakaran antara para atlet dengan alim ulama bagi mengharmonikan dua jurang yang besar dalam perkara ini.

Persoalan yang mungkin wajar diberi perhatian ialah adakah perlu diasingkan kedudukan penonton lelaki dan wanita. Adakah perlu dibataskan acara renang wanita kepada kaum wanita sahaja?

Dalam peristiwa Nabi Muhammad berlumba lari dengan Aishah, secara logiknya ia dilakukan di kawasan terbuka. Ia mungkin disaksikan orang ramai kerana yang berlari itu adalah Rasulullah. Tetapi logik ini perlu diimbangi dengan prinsip yang menitikberatkan soal akhlak dan lain-lain.

MSN boleh memainkan peranan dalam hal ini dengan turut menitik beratkan pembinaan dan pelaksanaan polisi sukan menurut Islam.

Sebagai sebuah negara Islam, sudah tiba masanya Malaysia mempelopori temasya sukan berlandaskan adab Islam. Apa pandangan Dr?

DR. BADLIHISHAM: Kita seharusnya mengambil peluang ini. Sebabnya negara kita terbukti hebat dan berjaya menganjurkan pelbagai persidangan mahu pun sukan peringkat antarabangsa.

Islamnya sesuatu pertandingan itu bukan diukur dari menutup aurat tetapi juga harus dilihat dari mengekang aspek pembaziran dalam mengendalikan sukan.

Buat permulaan, Jakim sekali lagi perlu mempelopori dari segi menyediakan polisi adab sukan menurut Islam. Mungkin kerajaan boleh menganjurkan seminar melibatkan ahli-ahli sukan, MSN dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Antara tokoh yang boleh dilibatkan ialah seperti bekas wanita besi negara, Zaiton Othman dan Prof. Datuk Dr. Khoo Kay Kim mewakili bukan Islam.

Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya umat Islam mempunyai identiti sukannya sendiri. Ini penting agar kita tidak terus dikongkong dalam kerangka sukan yang dipelopori oleh Barat. Ingatlah pesanan Rasulullah dalam hadisnya, Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak, kamu akan ikut sama. Kata kami (sahabat), wahai Rasulullah! Adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Sabdanya, siapa lagi? (riwayat Syaikhan)

Bagaimana pula kedudukan kesederhanaan dalam bersukan?

DR. BADLIHISHAM: Pertamanya, jangan meletakkan sukan sebagai segala-galanya. Ini bercanggah dengan prinsip kesederhanaan dalam Islam yang meminta takrifan sederhana itu dilihat dari kaca mata Islam itu sendiri.

Dalam melaksanakan apa juga yang dibenarkan dalam Islam, kita hendaklah meletakkan hukum mengatasi segala-galanya.

Kita juga jangan terlalu taksub dengan sukan. Jangan meniru perlakuan ganas yang sering ditunjukkan oleh penyokong bolasepak England.

Sesuai dengan matlamat sukan untuk menyihatkan badan, jangan kita mengambil barang larangan termasuk dadah seperti steroid. Atlet atau pemain juga perlu mengelak daripada terlibat dalam rasuah.

Bolasepak negara misalnya masih belum mencapai tahap kegemilangan seperti pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari walaupun kini para pemain diberi pelbagai insentif dan elaun yang tinggi.

Akhirnya, dalam setiap perlakuan atau detik hidup ini jangan kita lupa tanggungjawab kepada Allah. Sukan adalah wasilah atau mekanisme bukan matlamat

KEPUTUSAN PERLAWANAN ke 11 dan12 (18 NOV 09)

GAPP’s SUPER LEAGUE

PADANG A

1. ABERDEEN VS JUVENTUS 1-0

2. AL-ITTIHAD VS LYONNAIS 2-2

3. ASTON VILLA VS PANATHINAIKOS 1-3

4. BAYERN MUNICH VS RIVER PLATE 0-0

5. BOCA JUNIORS VS RUBIN KAZAN 0-4

6. FLAMENGO VS SANTOS 1-3

7. JUVENTUS VS SEVILLA 1-4

8. LYONNAIS VS VALENCIA 4-0

PADANG B

1. PANATHINAIKOS VS VILLARREAL 2-2

2. RIVER PLATE VS WIGAN ATHLETIC 4-1

3. RUBIN KAZAN VS ABERDEEN 3-1

4. SANTOS VS AL-ITTIHAD 1-0

5. SEVILLA VS ASTON VILLA 0-3

6. VALENCIA VS BAYERN MUNICH 2-3

7. VILLARREAL VS BOCA JUNIORS 3-0

8. WIGAN ATHLETIC VS FLAMENGO 1-3