BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 12, 2010

HADIAH2 YANG MENJADI REBUTAN

GAPP's FUTSAL LEAGUE

PIALA PUSINGAN SUPER LEAGUE ( GOLD ) PREMIER LEAGUE ( SILVER )

SUPER LEAGUE ( DIV I )

JOHAN : 1 SET JERSI DAN SELUAR JENAMA ADIDAS SERTA PIALA PUSINGAN

N.JOHAN : 1 SET JERSI JENAMA NIKE

TMPT KE 3 & 4 : 1 SET JERSI JENAMA NIKE

TMPT KE 5 & 8 : SAGUHATI


PREMIER LEAGUE ( DIV II )

JOHAN : 1 SET JERSI DAN SELUAR JENAMA ADIDAS SERTA PIALA PUSINGAN

N.JOHAN : 1 SET JERSI JENAMA ADIDAS

TMPT KE 3 & 4 : 1 SET JERSI JENAMA ADIDAS

TMPT KE 5 & 8 : SAGUHATI

Syarat2 dan borang pendaftaran GAPP's FUTSAL LEAGUE

1. NAMA
1.1 Kejohanan ini dinamakan KERTEH FUTSAL LEAGUE 2010.

2. ANJURAN
2.1 Kejohanan ini adalah anjuran Gabungan Pemuda-Pemuda Islam ( GAPP’s ) Kerteh.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 3.1 Tarikh : 01 March 2010 hingga 31 March 2010
3.1.1.1 Masa : 10.00mlm hingga 12.00mlm
3.1.1.2 Tempat : Masterscaff Indoor.Paka
3.2 Tarikh tutup penyertaan pada 27 Feb 2010 ( Sabtu )

4. PENYERTAAN
4.1 Setiap pasukan hendaklah menyenaraikan 8 orang pemain yang bermaustatin dimukim kerteh dan kemasik,termasuk 2 orang pemain luar mukim yang dibenarkan.
4.2 Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100.00 ( ringgit Malaysia : SATU RATUS SAHAJA ).
4.3 Semua DIWAJIBKAN menutup aurat.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Kejohanan ini adalah terhad kepada 16 pasukan yang terawal mendaftar.
5.2 Kejohanan ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan,dimana setiap satu kumpulan terdiri dari 8 pasukan,format pertandingan “ Round Robin”.
5.3 Kedudukan pasukan dalam kumpulan ditentukan,melalui perlawanan playoff dimana undian akan diadakan pada 28 Feb 2010 jam 9.00mlm.
5.4 Pasukan yang menang melalui perlawanan playoff akan ditempatkan didalam kumpulan SUPER LEAGUE,manakala pasukan yang tewas akan ditempatkan didalam kumpulan PREMIER LEAGUE.
5.5 Pasukan yang memugut mata tertinggi dikira sebagai JOHAN kumpulan masing-masing dimana kiraan JARINGAN TOLAK BOLOS diambil kira jika mata adalah sama.
5.6 Masa perlawanan adalah 7 – 1 - 7

6. PERTUKARAN PEMAIN
6.1 Pemain yang telah didaftar diatas satu pasukan,tidak dibenarkan bermain dengan pasukan yang lain.
6.2 Jika pemain dalam pasukan tidak mencukupi untuk hadir pada malam perlawanan,pasukan itu DIBENARKAN menyenaraikan pemain yang tidak didaftar pada permulaan liga,tetapi tidak boleh melebihi 5 pemain pada malam itu.( AKAN DITERANG DENGAN LEBIH LANJUT DIMALAM PENGUNDIAN ).
6.3 Tiada had pertukaran pemain dalam satu-satu perlawanan,pemain yang telah diganti boleh bermain semula dalam perlawanan itu termasuk mengambil sepakan penalti.

7. PERGANTUNGAN PEMAIN
7.1 Kad kuning 2 kali digantung 1 perlawanan.
7.2 Kad merah 1 kali digantung 1 perlawanan.
7.3 Kad merah kerana pergaduhan digantung 4 perlawanan.

8. JERSI
8.1 Jika didapati persamaan warna jersi dalam satu perlawanan,pasukan tuan rumah iaitu pasukan yang disebut dahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukarnya.
8.2 Setiap pemain DIWAJIBKAN memakai “tight" dibawah paras lutut.

9. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
9.1 Sekiranya terdapat pergaduhan atau sebarang tingkah – laku yang boleh mencetuskan suasana huru – hara yang membabitkan pasukan yang bertanding, pihak penganjur berhak menghentikan perlawanan.
9.2 Kecuali apa yang berlaku atau dinyatakan dalam peraturan pertandingan,undang-undang permainan futsal antarabangsa hendaklah dipatuhi.

10. BANTAHAN
10.1 Sebarang bantahan tidak akan dilayan dan keputusan PENGADIL DAN URUSETIA ADALAH MUKTAMAD.

11. BAYARAN PENDAHULUAN DAN SEWAAN PADANG
11.1 Bayaran untuk sewaan padang dan pengadil akan dikutip pada setiap malam perlawanan dan dibayar 10 minit sebelum perlawanan bermula.
11.2 Kos dua padang untuk 2 jam = RM320,pengadil satu malam RM200,jumlah RM520 dibahagi 16 pasukan = RM32.50.
11.3 Setiap pasukan DIWAJIBKAN membayar pendahuluan sewaan padang sebanyak RM65 dan bayaran ini akan dipulangkan semula kepada pasukan pada malam penyampaian hadiah.
11.4 Pasukan yang tidak hadir pada malam perlawanan,sewaan padang akan ditolak melalui bayaran pendahuluan