BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 2, 2009

England terselamat


CAPELLO akan membimbing England pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.





LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello menarik nafas lega selepas mengetahui bahawa skuadnya diletakkan dalam pasukan pilihan pada undian Piala Dunia 2010 Sabtu ini.

Sebelum ini, England berdebar menanti kedudukan mereka dalam pasukan elit lain sama ada bakal berdepan Sepanyol atau Brazil dalam peringkat kumpulan.

Namun semalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa anak buah Capello itu berjaya mengelak daripada undian yang sukar apabila diletakkan sebagai antara pasukan pilihan.

Perancis yang layak ke Afrika Selatan ekoran kontroversi bola terkena tangan Thierry Henry, tidak tersenarai dalam pasukan pilihan tersebut.

Begitu juga dengan Portugal yang memiliki pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo selepas pasukan itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 atas tiket automatik.

Belanda bagaimanapun berjaya tersenarai dalam lapan pasukan tersebut yang turut terdiri daripada Brazil, Sepanyol, Belanda, Jerman, Argentina dan tuan rumah, Afrika Selatan.

Setiap pasukan pilihan ini akan diundi dalam lapan kumpulan pada peringkat kumpulan kejohanan tersebut.

0 comments: